Wednesday, November 4, 2009

teater aku,kau,kami,kita bebas...

banyak pengalaman ..x kira pahit,manis,kelat,masam,payau...yang aku rasa dalam pementasan sulung produksi tapak pelita...kerana itu, aku gagahkan diri melangkah...aku bersyukur kerana doaku selama ini didengarNya..tapi aku x mahu ia berlalu begitu saja...

Dalam perjalanan rakus kita sebagai manusia untuk mencipta tangga kejayaan, ada satu perkara yang perlu kita fikir..fikir dan renung sedalam2nya..satu perkataan..yang punya maksud yang cukup luas...

"PENGORBANAN"

"jangan kau bercakap tentang kejayaan,kalau kau x sanggup untuk berkorban"... "in order to get something, you need to sacrify something!"

jangan menjadi orang yang dungu yang x tahu berfikir kalau bercakap tentang kejayaan..ya, kejayaan x datang bergolek...tapi adakah kau patut menggolekkan diri sendiri untuk mencapainya? kau sendiri yang fikir sama ada kau patut golek, menangis, membodek, telanjang atau dengan hanya duduk diam...

Terima kasih banyak2 kepada rakan2 tapak pelita, yusrika,fendi,kak ana,abg ayie,nasha,adi,mira,nad,syamimi,kak wati,abg jamal dan semua yang terlibat..kita berdiri disitu atas dasar "CINTA"..cinta yang ikhlas dan suci...

setiap manusia memerlukan antara satu sama lain...janganlah kita terlalu bongkak hingga kita rasa diri ini dah cukup sempurna kerana tak ada antara kita yang sempurna..setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan, kerana kita adalah saling bergantung..bergantung selagi tali itu tak putus..

nikmatilah kehidupan ini selagi ada..

1 comment: