Wednesday, November 4, 2009

teater aku,kau,kami,kita bebas...

banyak pengalaman ..x kira pahit,manis,kelat,masam,payau...yang aku rasa dalam pementasan sulung produksi tapak pelita...kerana itu, aku gagahkan diri melangkah...aku bersyukur kerana doaku selama ini didengarNya..tapi aku x mahu ia berlalu begitu saja...

Dalam perjalanan rakus kita sebagai manusia untuk mencipta tangga kejayaan, ada satu perkara yang perlu kita fikir..fikir dan renung sedalam2nya..satu perkataan..yang punya maksud yang cukup luas...

"PENGORBANAN"

"jangan kau bercakap tentang kejayaan,kalau kau x sanggup untuk berkorban"... "in order to get something, you need to sacrify something!"

jangan menjadi orang yang dungu yang x tahu berfikir kalau bercakap tentang kejayaan..ya, kejayaan x datang bergolek...tapi adakah kau patut menggolekkan diri sendiri untuk mencapainya? kau sendiri yang fikir sama ada kau patut golek, menangis, membodek, telanjang atau dengan hanya duduk diam...

Terima kasih banyak2 kepada rakan2 tapak pelita, yusrika,fendi,kak ana,abg ayie,nasha,adi,mira,nad,syamimi,kak wati,abg jamal dan semua yang terlibat..kita berdiri disitu atas dasar "CINTA"..cinta yang ikhlas dan suci...

setiap manusia memerlukan antara satu sama lain...janganlah kita terlalu bongkak hingga kita rasa diri ini dah cukup sempurna kerana tak ada antara kita yang sempurna..setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan, kerana kita adalah saling bergantung..bergantung selagi tali itu tak putus..

nikmatilah kehidupan ini selagi ada..

Sunday, October 18, 2009

bisikan mati

bisikan itu..mati,
suara itu...mati,
walau kau cuba luahkan,
ia tetap mati,
mati di situ, mati di sana,
mati disana sini,
kau tahan ia,
ia tetap mati,
kau tarik ia,
ia tetap mati,

mati termati dan dimati,
dan aku harap,
bila ia keluar..ia tak mati,
jangan kau biar ia mati....

Monday, September 21, 2009

Aidilfitri 1430

yuhuuuuuu..pertama sekali, selamat hari raya aidilfitri, Maaf Zahir Batin untuk semua! Semoga aidilfitri disambut gembira dan meriah disamping orang tersayang!..yang penting, sape2 yang balik kampung tu, berhati2 di jalan raya...ala buat ape nk cepat2 bawak kete, paling kurang pun smpai 1/2 jam awal...mane lagi berbaloi..sampai 1/2 jam awal atau x sampai langsung..so, hati2 di atas jalan raya k kawan2...

Monday, September 14, 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

AKAN DATANG

Produksi TapakPelita
mempersembahkan

Teater Aku, Kau, Kita, Kami...BEBAS
Rojak & Cendol
Sang Gajah & Sang Semut
Babak Akhir

Karya & Arahan
Yusrika Bahar

Lakonan
Anna Ismail, Fendi Azmi, Bob Zohri, Nurul, DaLisyaLily, Mira Alyssa, Merul, Airine Alang


Penampilan Khas
Farah Idayu Fadzil

STOR TEATER DBP
Kuala Lumpur

23, 24 & 25 OKTOBER 2009
8.30 Malam

Bayaran Masuk : Atas Sumbangan ( RM10)

p/s : datang beramai-ramai. Meriahkan industri teater tanah air kita.


p/s lagi : yusrika, pinjam ko punya iklan..thanks..hehe

Saturday, September 5, 2009

Sunday, August 30, 2009

berbuka di san fransisco steakhouse!

tadi reunioun member2 sekolah, berbuka kt san francisco steakhouse...perghh memang idaman aku untuk makan banyak2, aku x bleh tengok buffet, pasti terjatuh bulu ketiak yang panjang ini..
Buffet dia ada western,malay and japanese food!..azim,krul,jai,caoi,epul,qayyum and awek qayyum (nama dia wahida kot)...berbuka puasa di malam merdeka..

semua tu kawan aku dari kecik, sekolah sama2, belajar sama2, tengok blue sama2, baling batu pak post pak guard sekolah menengah sama2, cuma kami x penah rogol anak orang je sama2... aku ingat lagi, masa main kutu dengan azim, remy, lagi 2 org aku x ingat, yang aku tau, turn aku mesti number 1, haha..bila turn aku dh dapat duit banyak...aku pun jadi gelap hati segelap air kopi, aku terus tarik diri main kutu...mcm babi kan perangai? haha..semua bengang terutama azim, nanti aku post gambar azim untuk tatapan rakyat malaysia..tapi azim ni baik, masa dulu akula pembonceng setia motor honda cup lampu bulat die..nak blaja bawak moto pon, aku bawak honda cup lampu bulat dia sampai aku langgar kayu balak, terus pecah mak guard moto dia...haha..

tu semua kenangan enak bersama kawan2, sesaat aku berkawan, selamanya aku kawan walaupun emas atau tahi yang kau bagi, kerana tak semua manusia tu sempurna sifatnya..

ingat! rollakosta tak selalu terawang!

Saturday, August 29, 2009

kak shida blanje + keje + ntah

bila je dpt sms "mlm ni berbuka puasa kt sheraton subang nak? akak blanje"...fuh..terus aku reply, "bolehhhh, xdahal!"..haha..itu reaksi aku apabila diundang untuk makan secara percuma dari senior engineer aku!...aku rasa dia nak menghargai jasa baik yang bertungkus lumus bekerja mcm syaitan!..bila aku ingat balik, aku pernah kerja 45 jam non stop semata2 untuk siapkan qualification test dan report yang urgent mcm babi...dimana aku tertido sekejap kt medical room dlm kilang yang x berpenghuni, hanya yang ada makhluk halus...

yerrr..makhluk halus ,sebab dlm pukul 3 pagi aku kt paintshop buat test, adekah logik ko akan nampak pakcik ariff berjalan2 membawa masking tape?...siapa pakcik ariff? die adalah supervisor yang menjaga paintshop masa tu..itu bukan dia, itu makhluk lain.. aku hanya membuat bodo walaupun aku dah rasa nak berlari setanding usain bolt!aku nekad untuk siapkan keperluan duniawi tanpa sempadan tu walau apa yang berlaku..

pengalaman kerja 45 jam tanpa henti membuatkan sekeliling mata aku dikelilingi banyak bintang2 berkerlipan seperti kepala aku dihentak pasu bunga dan botol sos cili. Dan juga dimana aku boleh ternampak bomba berbaju oren menaiki tiang elektrik kat depan rumah aku, padahal rupa2nya banner kaler oren tergantung..lihatlah dunia!

Kadang2 aku pun terfikir, kenapa aku kerja kuat sangat mcm babi hutan menyondol dahan pohon semalu? aku pun x ade jawapannye..

kepala otak aku ni cepat berubah2, dulu aku nk jadi doctor, aku amik pure science,lepas tu aku fikir aku nak jadi akauntan, aku tambah subjek prinsip akaun (aku dapat A tuh!), bila abis spm, aku rasa nak jadi pelakon..sebab aku rasa aku boleh jadi semua benda kalo aku jadi pelakon, aku boleh jadi ayam, boleh jadi mak nyah, boleh jadi ustaz, boleh jadi hantu,boleh jadi segala2nya kecuali jadi tuhan dan nabi..

dalam hati semut aku ni, impian gajah aku adalah untuk jadi makhluk seni yang dapat meminjam sebentar apa yang ada dalam hidup aku untuk dilagukan dan dilakonkan bersama2 siapa saja sebagai tanda rasa untuk bersama menikmati "kenny rogers dan ikan masin" kehidupan temporari ini..

Memang perjalanan berliku, kat highway pun belum tentu Lancer GT dapat pecut 200 km/h kalau ada lori babi terbalik kat tengah jalan...apa yang penting, teruskan perjalanan dengan keikhlasan hati yang sesuci bayi beserta doa kehadrat Ilahi..

Monday, August 24, 2009

sendiri di sudut itu!

kejap nak itu, kejap nak ini,
ape die ingat dunia ni dia yg punya?
aku bosan,semakin hari batinku dirobek2,
bagai anjing merobek sampah!

ape lagi yang akan datang,
orang kata.."biarlah, mula2 memang macam ni..
tapi sampai bila?
sampai bila naluri hati kau tertahan?
dek kerana bukan ini yang kau inginkan

bila masa kau akan menjadi seperti si ikan lumba2?
tenang berenang dalam arus,
sesuka hati menyusur situ dan sini,
kau..kau mesti..dan kau mesti,
keluar dari cengkaman Hitler itu!

Hitlerkah dia?
kalau ia, ia lah,
kalau tidak, kau sendiri yang menilai,

bertahun kau ketawa sambil menangis,
siapa kawan2 kau yang tahu?
ada??..tiada??
biarkan!...biarkan!..
kau ada-Nya...kau x perlu gusar..

hanya kerana kau adalah kau!

kau pergilah...pergilah menjadi seperti si ikan lumba lumba

ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...tolong!

tolonglah angin, tolonglah air, tolonglah tanah, tolonglah api!

Sunday, August 23, 2009

puasa datang lagi!

alhamdulillah...bulan penuh rahmat menjelang tiba!....sama2 banyakkan amal ibadat..tahun lepas semayang tarawikh aku boleh dibilang ngn jari..lepas berbuka je aku tido...haha...maybe penat keje..maklumlah baru dapat keje time tu...

tapi kan, bila tibe bulan puasa je..aku rasa mcm jadi baik dari sebelum...slalunya bila mak aku tegur..suara aku mesti tinggi..haha...(memang aku anak x guna)...tapi bila bulan puasa je, aku mcm x sampai hati pulak...tapi bila dh berbuka puasa tu, kadang2 tinggi jugak..ke suara aku memang high pitch? (nak sedapkan ati je tu)..

aku teringat masa kecik2, kt depan rumah aku ade jual ice kacang...aku nak jugak beli, nk makan di siang hari pada bulam ramadan, mak aku berkeras x bagi, die soh aku puasa...aku nak jugak!..aku nak jugak!...aku kalau nk satu benda, jam tu jugak aku nak!...penah dulu dinding rumah kayu lama yg aku duduk terkopak sebab aku nak satu benda x dapat...last2, aku baring sambil nangis n tendang dinding tu sampai kopak..mungkin aku dihasut mase tu..tapi aku rasa aku memang jahat mase kecik.. ok balik cite tadi, last2 mak aku fed up, die beli ice kacang tu kt aku...die soh aku mkn bawah meja makan...aku pon dok sorang2 mkn bawah tu menikmati ice kacang...

lpas tu, akak aku balik dari skolah agama, mak aku kata, "jgn kawan die, die x puasa" aku ingat lagi ayat tu...tapi aku x heran pun ...haha..aku jugak penah curik minum, makan masa bulan puasa, tapi tu semua time kecik2...skng xleh buat dah..skrg ni nk curi hati seseorang pun susah... hahaha...

Jadi,pesanan untuk semua dan diri sendiri, marilah sama2 kita menunaikan ibadah puasa dan melipat kali gandakan ibadah kita..pastikan kita lengkapkan dengan ibadah wajib dulu, baru sunat..aminnn!!..

lpas tu baru bleh main mercun!..hehe

Monday, August 17, 2009

demam..

aku demam...cirit birit x berhenti..bila makan..rasa loya..nak termuntah balik..tapi aku telan jugak makanan...

yang penting arini MC, esok pon MC, Dr kata maybe kne denggi...smalam platlet OK, arini turun sket, esok kne check darah balik...

Hope everything jadi OK seperti biasa balik...

uhuk...uhuk

Friday, August 14, 2009

Sampah!

Ku kau anggap busuk,bodoh dan hina,
kau lirik ku keji bak binatang,

apa salah ku??!!
tak ku tagih permata nan berkilau,
tak ku tadah harta nan juta,
bukan juga belaian nan manja,
hanya rasa,
rasa yang tulus dari hati nan suci,
peluklah aku dengan rasa,
belailah aku dengan rasa,
pakaikan aku dengan rasa,
kerana rasamu yang tulus itu adalah RASA,
rasa yang perlu dirasa,

biarlah aku berduka,
biarkan aku tenggelam dalam lautan kesengsaraan,
hanya kerana aku sebutir sampah!

zohri 140809

Kau mesti..

"Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali"
-mentari merah di ufuk timur-
begitulah bait2 lagu yang dinyanyikan ustaz asri bersama Amy Search...
keheningan tanah air disentap dengan perginya seorang lagi permata kilauan dunia mengadap penciptanya yang SATU...
Dakwah dalam melodi,adalah satu cara murni yang telah berjaya disampaikan oleh Ustaz Asri dalam kehidupannya...semoga tinggalan nasihat2nya akan sentiasa didengari walaupun jasadnya sudah aman bersemadi di sana..
Doa kita, semoga rohnya aman disana..Al-Fatihah
p/s - nasib kita x siapa yang tahu, semoga baik hendaknya...amin

Tuesday, August 11, 2009

kijang yang istimewa..

singa datang kepada seekor kijang yang tengah mencari rezeki...sambil menjerit2 memarahi kijang..tapi singa x sedar apa yang keluar dari mulutnya...mungking kerana singa ni penat..banyak sangat membaham mangsa..atau singa ni ada masalah dalaman, rumah tangga...siapa tau?... harimau bintang pulak menjeling ke arah sang kijang sambil berkata sesuatu dalam hati.....

ahhh..pegi mampus semua tu!...sang kijang kena kuat mempertahankan diri dan maruahnya!... harap sang kijang boleh bertahan dengan sekeliling kehidupannya yang penuh pancaroba... hatinya ada di alam lain...tapi sang kijang tak boleh berbuat apa buat masa ini...kijang sangat terdesak... anak2nya yg kecil perlukannya...kijang sangat berharap supaya dia tidak menjadi mangsa singa atau harimau bintang itu...

sang kijang mesti tabah dalam kehidupannya...dan berharap dapat hidup dalam hutan rimba yang aman damai dimana ada rama2 yang cantik s dan kumbang yang gagah sebagai teman sejati yang tahu apa yang diingini...


ape yang kau rasa?

Friday, August 7, 2009

ini budak!!


insyirah

iman dan insyirah

2 orang budak ni sangat degil...nakal kalah budak lelaki...walaupun dua2 perempuan.. iman n insyirah ni anak akak aku...insyirah slalu gaduh ngn aku...die slalu main bola ngn aku...aku rasa die ni dh besar boleh jadi pemain bola sepak wanita...iman pulak, suka buku..suka lukis, color.. kalau xde buku, die boleh resah..budak2 zaman sekarang...kecik2 dh kenal henset, aku dulu henset pun pakai yg botol air punya...tu pun dah hepi boleh tayang satu skolah..

ape2 pun, aku sayang iman dan insyirah!

keje banyak! aileron..blup blup~

kerja aku semakin hari semakin banyak...skrg aku kena support ME department untuk package 2 project (Aileron,Leading Edge and Trailing Edge)..untuk pengetahuan semua..ketiga2 makhluk halus tu adalah part kat wing section kapal terbang..since company ni manufacturer assembly, so operator akan assemble composite part dgn metallic part together as per routing..dan jadi la aileron..mcm main lego la jugak..sambung2 jadi gajah..sambung2 jadi basikal...sambung2 jadi harimau (Ade ke?)

tapi...ni bukan boleh main2 sambung je...part kapal terbang beb, salah sikit, kalau ada defect, kapal jatuh...ramai mampus...mampus la sape yg buat tu...hahaha..kt bawah ni ade la gambar part aileron kt aircraft

nanti aku sambung sesi pembelajaran lagi k..

"tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"

Wednesday, July 29, 2009

Lama x update!


haha...lama giler babi aku x update..siput babi pun x selama ni jalan die..byk benda berlaku :

1)Kuarantin H1N1!
2)Tapak Pelita
3)Cameron Highland Vacation!
4)Kembalinya Yasmin Ahmad Ke pangkuan Maha Esa
5)Rumah baru
6)Dari M&P Ke M.E


1) beberapa ketika dahulu aku dikuarantin H1N1..one of my office mate positive H1N1..n semua yg berdekatan dgn dia dlm office diarah bercuti selama 7 hari!...aku dapat cuti free tanpa disangka2!..DUDUK RUMAH DIAM2!...makan sambil layan movie...zzzzz...tido dan mimpi!..haha

pesanan : Berhati2 ketika semua sedang tidur!


2) Tapak pelitaaa??? ape benda tu? new baby kelab teater bagi kawasan Kuala Lumpur , Selangor dan sewaktu dengannya...my passion!...aku memang suka berlakon...bermain dgn watak itu adalah sesuatu yg sangat menggiurkan perasaan...haha...ini adalah pertubuhan untuk semua..bukan saja teater, semua jenis art ada dlm ni..teater,dance, sing song, poem, ..semuanya... jom join!..live art for life!


3) Cameron highland vacation...Johnny depp,Tomasz Kusczack, Angelina jolie dan kirsten dunst bersama bercuti ke tanah tinggi!..ini kerana Angelina jolie akan bertunang x lama lagi, dan peluang untuk bercuti bersama Jolie x mungkin akan ada lagi selepas die bertunang...Jadi, Mereka pun merancang untuk bercuti bagi menghiburkan hati masing2...


Check in di country lodge hotel seawal 3.30 am, kebas punggung dan anu Johnny Depp kerana drive (subang - shah alam - putrajaya - taman melati - cameron highland)..walaupun kebas, tetap enjoy!..menikmati nugget semalama sambil memakai boxer dan tidak menggosok gigi adalah pengalaman menyeronokkan di sana!...juga berpeluang make over muka angelina jolie seperti badut sarkas amat seronok disamping memakan buahan strawberi yg merah dan masam!..


Apa2 pun, itu semua adalah momen pinjam pinjaman yg sementara..hargailah sementara ia masih ada...



4) Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang tidak dijangka...Beliau meninggalkan kita dengan filem2 dan mesej yang sarat dengan intipati2 yang kita tak pernah terfikir... berpandangan jauh merentasi sempadan..hargailah semua yg masih bernyawa..yg sudah bertemu ilahi, kirimlah doa di persinggahan itu...

Al-Fatihah..

p/s : nasib kita x tahu lagi..harap baik2 hendaknya



nanti nak update lagi...kepala aku dah weng! tido!!!!!!!!


Friday, May 15, 2009

appreciation niGht!!

Welcome back!!...skrg crita pasal appreciation night!..last 3 days, all manufacturing engineering staff + tololing engineering staff n senior engineering manager went out for appreciation night kt pantai jeram...aroma restaurant..makan ikan bakar beb!..hehe!!...apalagii..makannn.makannnn!!!...hahaha...sedapnyer idup asik makan!.. then ktaorg gerak 7 kereta from office..nak jadi story, ade la beberapa kereta sesat...haha..bila dah sesat, terpaksalah ktaorg tunggu the rest of the gang after keluar tol Setia Alam tu... Seperti yg tertera dalam gambar di bawah..haha



haha...ini adalah team yang x sesat.. rajendran, daniel, basil, kassim n shida..



mereka sangat gembira memilih ikan2 itu!...mestilah mereka gembira..bukan mereka yg membayarnya..hahaha



makcik ni sangat gembira bila sotongnya habis diborong!..

lepas pilih ikan2 tu...semua makan dengan pelahapnya...hahaha..sampai nk drive balik pon x larat dah...tapi yg paling penting adalah usaha2 bekerja keras selama ni dibayar dengan perut yg kenyang...ok ar tu daripada xde kan..thanks for :

tooling installation
First Article inspection (FAI)
Paint process qualification

All those just a start..ada BANYAKKK lagi menanti kt depan...zzzzz

bapanya mahukannya jadi seorang askar~~
bukan cita citanya~~
bukan impiannya~~

3 budak biru makan di secret recipe!

Haha..back!!..time keje pun dh abis…aku pun nak rest kejap update ini blog!..hehe…last 2 days me, pinto n ilya pegi mkn kt Secret Recipe kt Subang Parade…ni pun sebab Ilya asik claim mintak blanje dari dulu…hahaha..after keje around 630 kte ber-3 gerak gi subang parade naik kete pinto…pinto lak leh buat lawak la kan…die pegi u-turn before amsuk kt simpang nak g subang parade tu…dengan alas an, takut nak kne tol..padahal mane de tol pun kt area tuh!..haha..joe pinto ni memang kelakar arh!...then after pusing, kte org sume ikut glenmarie n sampai Subang parade dengan perut berbunyi dan selamatnyerr..hahaLepas tu, straight away kteorg gi secret recipe..haha..ape lagi..order la makan..baru tengok catalog je, ilya dah terliur mcm cipan!!...hahaha..ade la iras sikit…lepas tu..tunggu punya tunggu…sampai la makanan yg sesedap rase tuh!...yg paling best, kteorg order kek kongsi 3 org…haha..tapi paham2 jer arh kan sape punya portion yg paling banyak!...hehe..lepas makan, chit chat sampai pukul 9 lbeh… sampai aku order air dua kali…Before balik, sempat aku cilok 2 baju Giordano yg hensem2 ciptaannye!....kalau aku pakai, lagi ensem la confirmmmm!..hahaha..ok la, before aku out, tataplah kek hari jadi ilya yg ke 29!..eh silap..23 tahun!...Happy birthday Ilya!...May God bless u always!..cepat2 kawin dengan doctor k!..hahaha..chowz!





Pada mulanya mereka malu untuk menyentuh kek ini...

tetapi 20 minit kemudian....


kemaluan mereka hilang sera merta!!..hhahaha


peAcE!!



Sunday, May 10, 2009

mothers day lagi!!..haha

Sis Nurul n baby khaira yg bulat!!!..haha







makan!! makan!!
continue dari story tadi...hehe...pukul 12 lbeh tadi...aku,mak, bro izy, bro nazrio satu family dengan askar2 die, sis nurul dgn princess2 die n bro pojie, kak sabrina n baby khaira pegi serbu kt amcorp mall..bersama2 menyambut mothers day...tapi yg x best nye...ayah aku xnak ikot!..haha...die ade jemputan kenduri kahwin...biasala...kalau kt kg subang ni..mane2 kenduri kawin kne pegi...org lama ar katekan...die akte die dh kenyang mkn kenduri.."korang pegilah, ayah kenyang dah makan kenduri tadi~~(sambil membuka baju kerana panas berjalan balik dari kenduri kawin) ".. mcm tu la gelagat ayah aku yg sempoi mempoi..hahaha...

ok, sambung balik...semua lepas tu gerak gi amcorp mall...kte semua gi makan kt Restoran Sri Melaka...masuk2 jer...perghhh..ramai giler orang....tengok satu kelompok..ade mak..ade anak ramai2...sah2 sambut mothers day kt sini jugak..haha...then..semua oragn duduk... satu tabiat aku bila dh kuar ngn family..aku suka hilang...aku biarkan semua masuk restoran dulu....dah duduk... lepas tu aku merayap sorang gi usha barang2!...haha..lepas tu sampai2 je makanan dah tersedia hidang...strategi baekk punya!...sampai2 je dari usha barang..aku tibai air yg sesedap jari rasa die...perghh..lepas tu aku makan...sedap giler!!..ahh aku memang suke makan..kalau x sedap pun...aku kate sedap...asalkan perut aku happy!..

Lepas makan tu, ktaorg gi beli kek kt Secret Recipe...mak aku pilih yg mcm chocolate indulgance tu...tapi rasa die ade coffee2 sket...haha...then ktaorg terus gi Rawang ke rumah nenek ku yg tercinta...sambil membuat surprise hari ibu kepada beliau...begitulah hari ahad aku bersama keluarga tercinta...

sekarang aku kt cc, badan dh letih..esok nak keje....arghhh!!malasnyer nak buat semak kepala otak aku ngn keje2 ni..tapi kang kalau x keje, duit xde..nak bayar tu, bayar ni...aisehhh.... aku kene cipta satu keadaan baru untuk diri aku...satu transformasi!!...hahahha...aku mesti berubah!!...yeeeehaaa... babai semua...gudnite!!! zzzzzz

Saturday, May 9, 2009

Mothers day ! ( 10 May 2009)

today was a special day!..mothers day!..happy mothers day to all moms in the world..hope semua anak2 dapat menghargai ibu masing2 bukan setakat hari ini je..esok lusa..n sampai bila2...yeahhh!!..janga kau lupa pengorbana ibumu!..kerana tanpa ibu dan ayah, kita x ada disini!...haha..berpuisi pulak aku...kepada yang ibu nya dah tiada di dunia..sama2 kita sedekahkan Al-fatihah untuk mereka..semoga roh mereka tenang disana...ingatlah kasih sayang mereka tidak akan pudar sampai bila2...

well, arini nak pegi sambut mothers day ngn abg, akak, n semua kt amcorp mall..aku xtau tempat tu best ke x..kejap lagi nak pegi... yahooo!!..later aku update k...babai semua..

layan laskar pelangi beb!!..lagu ni sedap bangat!!..hahaha..chow chin chow!

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

-NIDJI-

testing2 123

Yuhuuuuuuuuuuu!!!...wa dah ade blog sekarang!..haha..thanks ilya for teaching me! hehe..nanti aku blanje kau ice cream k!...